Khamis, 10 Januari 2019

Cara buat blog perniagaan percuma


Cara Buat Website Sendiri

Cara Buat Website Perniagaan Sendiri
Dalam tutorial ini, saya akan terangkan cara buat website dan cara buat blog sendiri. Website ibarat kedai. Bezanya, kedai di dunia offline ada waktunya. Kedai di dunia online terbuka setiap masa. Pelanggan boleh datang sentiasa.

"Kenapa nak buat website sendiri?"
Perhatikan perangai pengguna internet. Bagaimana mereka mencari sesuatu? Mereka Google.
cara bina website sendiri
Apabila Google, mereka dapat hasil carian.
Hasil carian berupa senarai website.

Adakah semua website dalam dunia ini ada dalam Google?

Tidak!

Hanya website yang ada dalam databaseGoogle saja akan keluar.
Bayangkan Google seperti perpustakaan yang besar.
Di dalammnya ada banyak buku-buku.
Setiap buku disusun ikut kategori tertentu.

Buku-buku ini adalah senarai website yang ada.
Hanya website yang ada dalam perpustakaan Google saja akan dijumpai.
Ilmu memasukkan website ke dalam Google ini ada diterangkan dengan terperinci dalam blog ini (artikel lain).

Fokus artikel ini adalah pada membina blog atau website sendiri.
Memandangkan artikel ini panjang, saya pecahkan kepada subtopik.
Supaya anda boleh terus lompat ke topik pilihan.

Asas Buat Website

Bagi sebuah website dan blog berfungsi, ada tiga komponen utama:
1. Domain
2. Hosting
3. Konten


Domain adalah nama website. Nama website ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Domain Percuma
Domain Berbayar
wanyusof.blogspot.com
wanyusof.wordpress.com
wanyusof.tumblr.com
wanyusof.com
wanyusof.net
wanyusof.org
Domain ibarat alamat rumah. 
Apabila ada alamat rumah, baharu pengguna dapat cari.
Andai kata alamat rumah (domain) salah, maka website itu tidak akan dijumpai.
website salah alamat
Selepas mendapatkan domain, website perlu ada tempat simpanan.
Segala maklumat website akan disimpan di dalam tempat simpanan ini.
Nama tempat simpanan ini adalah hosting.

Kemudian apabila sudah ada hosting, baharulah masukkan konten.
Konten tidak semestinya artikel semata-mata.
Konten boleh jadi video, audio dan imej juga.

Kos Buat Website Sendiri

Buat website ada percuma dan ada yang berbayar.
Untuk buat blog atau website secara percuma, terus klik pada topik:
1. Cara Buat Website Guna Blogspot
2. Cara Buat Website Guna WordPress
Dalam subtopik ini, saya akan terangkan anggaran kos buat website sendiri. DIY.
Kos ini tidak sah seandainya anda lantik web developer untuk membina website anda.
"Apa beza buat sendiri vs upah developer?"
Web developer berpengalaman mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Mereka berupaya menghasilkan website yang menarik. Cuma harganya boleh tahan "menarik".
Berbeza apabila bina website sendiri, terutamanya kali pertama, pengalaman masih kurang. Akan jumpa banyak cabaran. Kelebihannya dari sudut kos, ianya menjimatkan. 
Anggaran kos blog peribadi versi bajet (basic):
Produk
Kos
Domain (.com)
Dibeli dari namesilo.com
RM 40
Hosting (Pakej Basic)
Dibeli dari ServerFreak
RM 100
​Theme
Guna yang percuma
RM 0
JUMLAH
RM 140
Anggaran kos website versi pertengahan (intermediate):
Produk
Kos
Domain (.com)
Dibeli dari namesilo.com
RM 40
Hosting (Pakej Startup)
Dibeli dari ServerFreak
RM 239
​Theme
Dibeli dari ThemeForest.com
RM 240
JUMLAH
RM 519
Anggaran kos website versi atasan (advanced):
Produk
Kos
Domain (.com)
Dibeli dari namesilo.com
RM 40
Hosting (Pakej Startup)
Dibeli dari ServerFreak
RM 239
Theme
Dibeli dari ThemeForest.com
RM 240
​Plugin Thrive Architect
Dibeli dari ThriveThemes.
(Alternatifnya Divi atau Elementor)
RM 273
Plugin WP Rocket
Dibeli dari WPRocket.me
RM 159
JUMLAH
RM 951
Nota penting:Domain dan hosting perlu diperbaharui setiap tahun.
Begitu juga dengan plugin. Jadi sebagai persiapan awal, lihat anggaran kos ini sebagai anggaran tahunan.
"Macam mana dengan kos hire web developer?"
Kos ini bergantung kepada tahap kompleksiti website dan siapakah web developer yang akan buat.
Semakin kompleks website, semakin mahal kosnya.
Semakin berpengalaman web developer, semakin mahal juga kosnya.

Cara Beli Domain

Domain yang berakhir dengan .com, .net, .org merupakan antara TLD domain.
Bagi memiliki domain sebegini, anda perlu mendaftarkan domain ini bersama registrar.
Kos pendaftaran adalah sekitar RM40-RM60.

Ada juga domain yang bersifat lokal.
Domain sebegini berakhir dengan kod negara.
Contohnya .com.my, .my, .org.my, .edu.my.

Kos domain lokal biasanya lebih mahal berbanding domain jenis TLD.
Prosesnya juga sedikit lama.
Domain lokal memerlukan bukti anda berada di negara itu atau memiliki syarikat yang sah di negara itu.

Bagi membeli domain, saya cadangkan guna namesilo.com
namesilo
Dari sudut harga, kosnya lebih kurang sama.
Namun kelebihan namesilo adalah setiap domain didatangkan bersama-sama privacy protection.

Maksudnya, orang lain tidak boleh tahu siapa pemilik domain berkenaan.
Maklumatnya disembunyikan.
perbandingan namesilo

Cara Install SSL Certificate

SSL bermaksud Secure Socket Layer (SSL). SSL berfungsi melindungi perpindahan data yang berlaku antara server dan website. Supaya tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Website yang ada SSL akan bermula dengan HTTPS.
Bukan HTTP seperti kebanyakkan website.
https wan yusof
Website yang ada SSL mempunyai kelebihan dari sudut SEO.
Website begini lebih dipandang Google.
Terutama apabila website ini ada melibatkan transaksi kad kredit.
Bagi memasukkan sijil SSL ke dalam website, masuk ke Cpanel.
Pilih bahagian Security > Lets Encrypt SSL.
install ssl
Pilih domain yang mahu dimasukkan SSL.
issue ssl
Klik Issue dan tunggu proses siap.
ssl secured socket certificate
"The SSL certificate is now installed..."sudah siap. Senang dan pantas.
Pilihan ini berbeza mengikut syarikat hosting.
Ada syarikat yang mengenakan bayaran bagi proses install SSL.
Sebetulnya boleh dibuat sendiri.
Cara install SSL ada seperti di atas saja.

Cara Memilih Hosting Website

Apabila mahu menyimpan data, kita gunakan usb thumb drive (pendrive).
Apabila data terlalu besar, kita guna external hard disk drive.
Ini semua contoh storan yang ada.

Storan fungsinya menyimpan data.

Demikian juga fungsi hosting website.
Menyimpan data website.

Syarikat yang menyediakan hosting ada banyak.
Terlalu banyak. Syarikat tempatan mahupun luar negara.

Dalam memilih hosting, kenal pasti tujuan utama website.
Elakkan memilih hosting hanya kerana harganya yang sangat murah.

"You get what you paid for"

Terdapat beberapa perkara penting dalam memilih hosting website.
  • Shared vs Dedicated - Hosting jenis shared hosting sedikit perlahan. Hosting ini berkongsi dengan ramai orang. Sekiranya website baru nak mula, masih sesuai. Namun apabila website sudah banyak trafik, pilih dedicated hosting. Salah satu faktor lagi adalah jenis storan yang digunakan. Hosting yang menggunakan SSD lebih laju berbanding yang menggunakan HDD.
  • Jenis Storan - Hosting yang menggunakan SSD lebih laju berbanding yang menggunakan HDD.
  • Bandwidth - Setiap hosting biasanya mempunyai jumlah kuota perpindahan data. Apabila kuota itu lebih, website tidak dapat dimasuki pengguna. Macam smartfon yang habis kredit, tak dapat buat panggilan keluar.
  • Sokongan - Ini sangat penting. Dapatkan maklum balas daripada mereka yang pernah guna hosting itu. Bagaimanakah tahap respon sistem sokongan. Penyedia hosting yang bagus akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi bila-bila masa. Elakkan syarikat hosting yang lambat respon.
"Adakah hosting luar negara bagus?"
Tidak semestinya. Saya pernah menggunakan khidmat hosting BlueHost (luar negara).
Namun saya lebih berpuas hati dengan khidmat hosting ServerFreak.
Berganda-ganda puas hati.
Pernah sekali saya menghadapi masalah, lalu buat aduan, BlueHost ambil masa 1-2 hari bagi menyelesaikan masalah itu.
Dan dihujungnya dia cadangkan saya upgrade ke pakej lebih mahal!

Berbeza dengan hosting ServerFreak, setiap kali saya ada masalah, mereka cuba selesaikan seberapa segera.
Walaupun jam 2 pagi, email saya tetap akan ada orang jawab.

Sebab itu saya sentiasa cadangkan hosting ini kepada kawan-kawan. Berbaloi dan terbaik.

Baik.

Selepas beli hosting, masa untuk bina website.
Bagi yang memilih kaedah ini, terus lompat kepada tajuk Cara Buat Website Self-Hosted WordPress.

Cara Buat Website Guna Blogspot

Blogspot merupakan satu platform bina website yang dimiliki Google.
Kelebihan menggunakan platform ini adalah ianya mudah dan pantas.

Tak perlu beli hosting.
Tak perlu beli domain.
Semuanya disediakan.
1. Bagi mencipta website menggunakan blogspot, pergi ke blogger.com. Klik Create Your Blog.
cipta blog guna blogger
2. Masukkan akaun Gmail dan klik Next.
daftar blogger
3. Cipta profile dan klik Continue To Blogger.
profile blogger
4. Klik Create New Blog.
cipta new blog
5. Masukkan alamat, tajuk blog dan pilih desain blog.
maklumat blog
6. Sekarang website sudah siap! Bagi mula menulis blog, hanya klik New Post.
buat new post
Senang dan mudah. Website siap dalam masa kurang dari 5 minit.

"Ok ke website begini?"
Ok. Website begini sudah boleh buat duit!
Yang penting tentukan apakah konten yang ingin dimasukkan.
Konten bakal menentukan survival website.

Beberapa nota tambahan berkaitan blogger.
  • Stats = ruang lihat statistik website
  • Comments = jumlah komen pengunjung
  • Earnings = melihat duit masuk (perlu sambungkan dengan Google Adsense)
  • Campaigns = mahu buat iklan di Google
  • Pages = mencipta page
  • Layout = menentukan susun atur website
  • Theme = memilih desain website
  • Settings = perkara-perkara teknikal lain berkaitan website
Sekarang kita bergerak kepada satu lagi alternatif buat website.
Cipta website guna wordpress.

Cara Buat Website Guna WordPress

Sebanyak 74,652,825 website di dunia ini menggunakan wordpress sebagai platform.
Jumlah ini sangat tinggi.

"Kenapa orang suka guna wordpress?"
WordPress merupakan platform yang sangat mesra pengguna.
Dan mempunyai sistem sokongan yang sangat lengkap.

Bayangkan wordpress seperti kereta.
Kereta pada asasnya sudah boleh berfungsi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Namun kereta perlukan aksesori.
Ada aksesori nak tambah fungsi.
Ada aksesori bagi kereta nampak berseri.
Dan macam-macam lagi.

Menerusi wordpress, kita dapat jadikan website sebagai blog, website korporat, e-commerce, review.
WordPress sangat fleksibel dari sudut fungsinya.

Sebelum itu, satu perkara penting.

WordPress ada dua jenis.
Yang pertama dipanggil sebagai wordpress.com.
Yang kedua disebut sebagai wordpress.org.

"Apa bezanya?"
WordPress.com sama seperti blogger.
Hosting dan domain diuruskan oleh wordpress.

Manakala wordpress.org diuruskan oleh kita sendiri.
Cara dan fungsi wordpress.org akan saya terangkan di topik di bawah.

Dalam subtopik ini, fokus pada wordpress.com dahulu.

1. Bagi mencipta website menggunakan wordpress.com, daftar di wordpress.com.
daftar wordpress
2. Pilih kategori website.
pilihan wordpress
3. Pilih nama (domain) website dan klik pada domain yang FREE.
nama wordpress
4. Klik pada pakej FREE.
pilih website free
5. Sekarang website sudah siap! Dan anda boleh mula memasukkan konten.
mula tulis wordpress
Beberapa perkata penting berkaitan website wordpress (sebagai nota tambahan)
  • Site Pages = Bagi mencipta page baru
  • Blog Posts = Bagi mencipta post baru
  • Media = Ruang memuat naik gambar, video dan dokumen
  • Comments = Ruang melihat komen pengunjung
  • Themes = Memilih desain website
  • Plugins = Menambah fungsi lain wordpress
  • Settings = Perkara-perkara teknikal lain berkaitan website wordpress
Sekarang sudah selesai tutorial buat website guna blogger dan wordpress.
Kita masuk kepada topik paling menarik.
Membina website self-hosted wordpress.
Secara mudahnya, inilah sebenarnya website sendiri.
Kerana kita ada kawalan sepenuhnya terhadap semua perkara.

Cara Buat Website Self-Hosted WordPress

Bagi menggunakan platform wordpress, anda perlu install wordpress ke dalam hosting.
1. Log masuk ke dalam cpanel web hosting. Cari Softaculous installer atau Installatron.
softaculous apps installer
2. Pilih WordPress, klik Install dan masukkan butiran yang diperlukan.
wordpress installation
3. Proses installation ini hanya ambil masa kurang dari 2 minit. Sebaik saja selesai anda akan menerima alamat login.
alamat login
4. Sudah siap! Selamat datang ke wordpress.
paparan wordpress
Begini website sudah boleh berfungsi.
Dalam erti kata lain, pengguna sudah boleh masuk ke website anda.
Sekarang kita mahu siapkan urusan teknikal.
Supaya website perniagaan anda senang dijumpai Google.

Setting Asas SEO WordPress

Seringkali orang tanya, "Kenapa nak setting sekarang untuk SEO?"
Benar, setting SEO boleh dibuat kemudian.
Cuma alang-alang sudah mula dari awal, kita bermula dengan betul terus.
Saya akan tunjukkan kepada anda beberapa setting asas bagi menjadikan website mesra Google. Setting yang lebih terperinci ada di dalam ebook Actionable SEO.
1. Pergi ke Settings > Permalink dan pilih Post Name.
set permalink to post name
2. Pergi ke Plugins > Add New. Taip Yoast SEO dan klik Install Now.
Yoast SEO
3. Aktifkan plugin itu. Kemudian klik menu Yoast  > Dashboard > General dan klik Open the Configuration Wizard.
Yoast Setting 1
4. Klik configure Yoast SEO dan pilih option A.
option a
5. Pilih jenis website perniagaan anda dan klik next.
site type
6. Isikan maklumat berkaitan website dan klik next. Ulang buat untuk proses seterusnya.
maklumat person
7. Di bahagian ini pastikan ruang Page dan Post ditandakan "visible".
post setting
8. Ini adalah bahagian yang penting. Bahagian ini akan menyambungkan website anda dan Google. Klik Get Google Authorization Code.
get google authorization code
9. Pilih akaun Gmail dan klik Allow.
allow google to manage
10. Salin kod yang diberikan dan letakkan pada kotak awal tadi.
salin kod
authenticate kod
11. Seandainya anda menghadapi masalah tidak ada profile. Usah bimbang. Ikuti langkah seterusnya.
no profiles found
12. Pergi ke Google Search Console. Klik log masuk dan masukkan alamat website anda. Seterusnya klik Add New Property.
add property
13. Satu paparan verifikasi akan muncul. Abaikan paparan ini. Kembali ke Yoast SEO.
verifikasi search console
14. Klik Reauthenticate With Google. Ulang langkah 9 dan 10. Pilih profil dan klik next.
pilih profil gsc
15. Pada paparan ini tentukan tajuk halaman utama website anda. (Pilihan ini boleh diubah suai bila-bila masa)
title settings
16. Klik next dua kali dan sukses =)

Setting Asas Kelajuan WordPress

Mengikut Google, pengguna internet akan lari keluar apabila website loading lebih dari 3 saat.
Kelajuan website sangat kritikal sehinggakan Google mengiktiraf komponen ini sebagai satu komponen yang beri kesan kepada SEO.
Bagi tujuan tutorial ini, saya tunjukkan setting asas yang penting.
1. Pergi ke Plugins > Add New > Taip WP Super Cache > Install Now.
klik install wp super cache
2. Aktifkan plugin ini dan pergi ke dashboard WP Super Cache.
aktifkan wp super cache
3. Pilih mod Caching On dan klik Update Status.
caching on wp super cache
Itu sahaja.
"Tak ada setting lain?"
Tak ada. Setting mudah.
Alternatif kepada plugin ini adalah WP Rocket.
WP Rocket merupakan plugin berbayar.
Untuk permulaan, plugin WP Super Cache sudah memadai.

Cara Menukar Theme Website

Theme ibarat baju.
Theme merupakan desain website.
Ada theme yang berbayar.
Ada theme percuma.
Theme berbayar boleh dibeli daripada Theme Forest. Harganya lebih kurang $50-$60.
Theme percuma ada banyak. Hanya klik Add New Theme.
add new theme
Pilih theme yang berkenan, klik Install dan kemudian aktifkan.
install new theme
Bagi theme yang dibeli, theme ini perlu dimuat naik. Pilih Upload Theme dan klik aktifkan.
upload theme
Setiap theme mempunyai featurestersendiri. Bagi melihat features ini, pergi ke Appearance > Theme > Customize.
customize menu

Cara Mencipta Menu Website

Menu bertindak sebagai navigasi pantas.
Menu digunakan oleh pengunjung website untuk pergi ke page berkenaan.
Contohnya di website ini, menunya ada di bahagian paling atas.
set menu wordpress
Bagi mengubah setting Menu, pergi ke Appearance dan cari Menus.
cara set menu wordpress
Perhatikan ada "Pages" dan ada "Posts".Saya akan terangkan perbezaan dua ini sekarang.

Cara Mencipta Pages dan Post

Pages merujuk kepada halaman yang tidak bergantung antara satu sama lain.
Post pula saling berkait rapat dan bergantungan.
"Apa maksudnya?"
Apabila saya mencipta post baru, post itu akan menyesarkan post yang lama. Muncul paling depan.
post baru
Tetapi apabila saya mencipta page baru, page itu tidak akan muncul di mana-mana.
Bagi menimbulkan page yang baru dicipta, saya boleh letakkan link ke page berkenaan pada Menu atau Sidebar.
Supaya anda lebih faham perbezaan konsep ini, cuba cipta New Page.
add new page
Kemudian cipta New Post. Lihat perbezaannya.
add new post

Cara Scheduled Post

WordPress membenarkan penggunanya menjadualkan (scheduled) artikel atau page yang mahu disiarkan.

Hanya post yang telah diklik Publishedakan disiarkan. Post dalam mod draf tidak akan muncul di website.
wordpress post setting

Kesimpulan

Proses buat website sekarang jauh lebih mudah berbanding satu ketika dahulu.
Kebanyakkan tools dan semuanya sudah tersedia. Tinggal lagi kita mahu manfaatkan atau biarkan.
Website ini adalah aset digital.
Apabila dijaga dengan betul, nilainya sangat tinggi.
Adakah ada lagi tutorial berkaitan website yang anda mahu tahu?

p/s: Bantu saya untuk sebarkan artikel ini. Supaya manfaatnya lebih tersebar luas.
Klik butang "Share" di bawah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan