Khamis, 10 Januari 2019

Cara jana pendapatan sampingan






NEWS

5 CARA JANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEBAGAI PELAJAR UNIVERSITI



Sara hidup waktu kini amat tinggi. Setiap perbuatan mahupun pergerakan kita memerlukan DUIT. Saban hari nilai wang yang digunakan makin kecil nilainya. Walaupun setiap pelajar diberi peruntukan pinjaman pembelajaran baik PTPTN, MARA, mahupun FAMA ia masih tidak boleh menampung sepenuh perbelanjaan hidup lebih-lebih lagi bagi pelajar yang hidup di kota bandaraya Kuala Lumpur.
Oleh itu, tidak mustahil kebanyakan pelajar sekarang lebih cenderung melakukan kerja sampingan bagi menampung kehidupan mereka. Sekarang tiada apa yang mustahil, selagi anda minat untuk belajar dan rajin pasti ia akan membuahkan hasil yang lumayan.
Antara pekerjaan yang boleh dilakukan oleh pelajar universiti untuk jana pendapatan sampingan adalah seperti;
1) DROPSHIP
Ini antara pekerjaan yang paling menyeronokkan untuk jana pendapatan sampingan sewaktu zaman belajar. Anda tak perlu pening-pening ambil stok, mahupun hantar barang pada “customer”. Tugas anda hanya “promote” dan dapatkan pelanggan. Sekiranya, ada pelanggan yang ingin membeli produk/ servis daripada anda, anda sudah dapat komisen.
Contohnya, anda menjadi agent dropship untuk “SYARIKAT A” bagi produk tudung. Satu tudung bersamaan RM30 sehelai, sekiranya ada pelanggan yang membeli dengan anda, anda hanya perlu melakukan pembayaran RM20 pada syarikat A untuk sehelai tudung. Ini bermakna, sehelai tudung membawa keuntungan RM10. Kalau dah ada 10 orang pelanggan dah berapa dapat? Tak ke dah beratus. Cukup sekadar menggunakan smartphone dan juga platform media social anda sudah boleh menjadi agent dropship. Mudah kan?
2) KEMAHIRAN
Anda ada kepakaran dalam setiap subjek PMR, SPM, STPM? Apa susah, jadi sahajalah tutor atas talian. Untung-untung dapat duit poket. Sekiranya, anda ada bakat dalam “ADOBE PHOTOSHOP” atau “ADOBE ILLUSTRATION” bolehlah buat “Freelance”. Satu “design” sekarang bukannya murah, paling tidak RM80 satu design. Datang 5 orang pelanggan, dah berapa?
3) BISNESS BUAT KEK
“NATURE” student zaman sekarang ini memang berselera bila bab makan. Pendek kata, rata-rata pelajar kalau bab makan memang tak kedekut. Tolak batu, dengan kayu sahaja mereka tak makan. Jadi, sekiranya anda berbakat dalam membuat kek ada baiknya anda menjualnya di tempat anda belajar. Hanya bermodalkan duit “oven” anda boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda. Oven bukan mahal mana pun, RM150 dah dapat (ini kira sebagai asset anda jugalah). If not NOW then WHEN?
4) BERNIAGA ONLINE
Nak lagi advances, anda boleh cuba berniaga atas talian menerusi laman Facebook, Instagram, mahupun Twitter. Anda boleh tengok market apa yang tengah trending sekarang ini. Sekiranya, anda dah tahu market apa yang tengah trending sekarang ini barulah timbul idea nak berniaga apa. Jika anda tidak berapa konfiden untuk melakukan perniagaan atas talian, anda boleh mulakan bisnes dari peringkat “DROPSHIP”.
5) AFFILIATE
Affiliate adalah salah satu cara terbaik untuk anda jana pendapatan sampingan. Anda hanya perlu “SHARE” link produk/ servis menerusi laman social anda seperti Blog, Facebook, Twitter, Email dan lain-lain lagi. Sekiranya, ada orang klik link produk / servis tersebut sekaligus membelinya anda akan mendapat komisen. Komisen bergantung kepada setiap produk, boleh jadi 30%, 40% mungkin boleh cecah 70%. Lumayan kan?
Sebenarnya, kalau anda nak tahu, terdapat satu  lagi platform dan juga laman web yang boleh membantu anda mendapatkan duit sampingan dengan cara hanya ‘PERKENALKAN CPSLINK KEPADA RAKAN ANDA’.
Sebenarnya, banyak lagi cara untuk anda jana pendapatan sampingan waktu belajar, kalau nak tahu lebih banyak rajin-rajinlah “EXPLORE” sendiri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan