Ahad, 13 Januari 2019

Cara Mudah Belajar Kereta Manual

Cara Cara Memandu Kereta Manual Dengan Mudah

Cara Memandu Kereta Manual



Artikel ini akan membincangkan bagaimana cara untuk memandu kereta dengan mudah terutamanya bagi pemula yang baru sahaja yang ingin belajar memandu dan sedang dalam proses ingin mengambil lesen memandu secara umumnya bagi kenderaan yang menggunakan gear manual. 

Dibawah ini ada terdapat 5 langkah mudah bagi permula yang ingin berlajar memandu kenderaan gear manual.


Antara 5 Langkah Menggerakkan Kereta Manual Ialah




Langkah 1:

Kenali Pedal minyak, brek, clutch

Kenali Pedal minyak, brek, clutch

Pedal minyak berada pada sebelah kanan manakala pedal brek berada ditengah seterusnya pedal clutch berada pada sebelah kiri.

Menggerakkan kereta manual memerlukan kedua-dua kaki anda untuk bekerja iaitu kaki kanan (mengawal pedal minyak & break) kaki kiri (mengawal pedal clutch).




Langkah 2:

Sebelum menghidupkan engine pastikan gear kereta berada dalam keadaan free gear. Kemudian hidupkan engine.



Langkah 3:

Lepaskan handbrek manakala (optional) kaki kanan menekan pedal brek jika berada diparking yang berbukit (jgn lupa lepas pedal brek). Tekan clutch hingga jejak lantai kemudian masuk gear 1 dengan cermat dan betul mengikut alur gear box.

Kaki sebelah kiri yang mengawal clutch dilepaskan separuh sekitar 50% secara perlahan-lahan bukannya mengejut.

Kenderaan anda akan mula bergerak kehadapan secara perlahan, jika terasa kenderaan anda bergegar semasa hendak begerak kaki kanan menekan sedikit pedal minyak sekitar 10% sudah memadai. Bila dah lancar bergerak lepas pedal clutch 100% dan anda hanya mengawal pedal minyak sahaja.

Jangan terlebih eksited sehingga anda terlebih menekan minyak menyebabkan engin kenderaan anda mengerang. Kawal sterenga anda dan apabila kereta bergerak stabil 15km-25km ikuti langkah seterusnya.


Langkah 4:

Menukar Gear.
Cara Memandu Kereta Manual


Bila waktu yang sesuai untuk menukar ke gear 2 dan keatas. Bagi mereka yang pakar RPM menjadi rujukan untuk menukar gear ketika mendaki bukit, memecut, etc. Bagi newbie rujukan yang paling sesuai untuk menukar gear adalah pada meter kelajuan.

Tukar ke gear 2 sekiranya bergerak stabil 15km-25km, kemudian tukar ke gear 3 sekiranya kereta begerak 30km-40km, tukar ke gear 4 sekiranya kereta begerak 60km-100km dan seterusnya tukar ke gear 5 sekiranya anda memandu dalam keadaan jalan raya yang baik dan selesa. (Pastikan tekan clutch hingga jejak lantai setiap kali proses menukar gear berlaku).


Langkah 5:

Cara menggunakan brek dan elak engine mati di tengah jalan.

Ketika mengekori kenderaan dari belakang dalam cubaan untuk memotong dalam kelajuan 60km keatas, memerlukan anda bermain dengan pedal brek. Anda tidak perlu menekan clutch sebaliknya ada boleh menekan terus pedal brek untuk memperlahankan kenderaan.

Sekiranya kelajuan anda adalah dibawah 30km, anda perlu menekan pedal clutch terlebih dahulu sebelum menekan brek.

Jika ingin berhenti di lampu merah tekan clutch hingga jejak lantai kemudian tekan brek sehingga kereta berhenti. Tukar ke free gear tarik handbrek baru lepas clutch.

Sekiranya anda melalui jalan lampu isyarat yang sedikit berbukit. Anda perlu pandai mengawal clutch dan pedal minyak semasa hendak bergerak semula


Praktikal Lesen D


Video oleh: E-Driving Software Sdn. Bhd.


UPDATE:


  1. Jangan amalkan pengunaan gear 2 semasa kereta baru nak bergerak atau bergerak terlalu perlahan.Boleh juga guna tapi lining clutch cepat rosak sbb masa kereta begerak terlalu perlahan anda guna gear 2 anda terpaksa guna clutch bagi mengelakkan mati engine.
  2. Naik bukit sesuai guna gear apa? Paling sesuai adalah gear 3 tapi kena pecut dari bawah lah, bila RPM dah drop tukar ke gear 2, bila makin semput sbb mendaki bukit panjang kimanis guna engine kancil boleh drop ke gear 1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan