Huawei Nova 4 Dilancarkan Dengan Tri-Kamera – Berharga RM1899
Huawei Nova 4 dilancarkan di China pada pertengahan Disember 2018 dengan rekaan skrin berlubang sekaligus menjadi telefon pintar pertama daripada Huawei yang menggunakan panel skrin seumpamanya dan kedua di dunia selepas Samsung Galaxy A8s. Peranti ini akhirnya dilancarkan di Malaysia tetapi hanya versi dengan kamera utama 20-Megapixel sahaja ditawarkan. Di China Nova 4 ditawarkan dengan pilihan kamera utama sebesar 48-Megapixel.
Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.4-inci IPS LCD dengan paparan 2310×1080 pixel, dijana cip Kirin 970 seperti pada Nova 3 sebelum ini, menawarkan memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Namun begitu tiada sokongan untuk kad mikro SD disertakan. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan pilihan sensor 20+16+2 Megapixel, selain kamera hadapan 25-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar EMUI 9.
Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3750mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C serta pengecas 18W. Peranti masih disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di Malaysia, Huawei Nova 4 akan dijual pada harga RM1899 sebuah bermula 14 Februarihadapan.
Jangan lupa share
BalasPadam