LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
AMIRUL IDDIN BIN MOHD ARIF
(18 DGT 13 F 2025)
DI
IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
MENARA AMANAH IKHTIAR
NO 3 JALAN CEMPAKA SD 12/1A,
BANDAR SRI DAMANSARA PJU9 52200,
KUALA LUMPUR
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukanan kepada
Jabaran Teknologi Maklumat
Bagi memenuhi sebahagian dari syarat
Penilaian latihan industri dan penganugerahan
Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
JUN 2016
Kenalpasti komponen kerja yang perlu dilakukan. Pastikan semua komponen itemyang dibuat berikut berdasarkan kertas manualyang disediakan oleh penyelia.
5.3.2 Microsoft excel -> GST july
5.4 KEY IN PAYMENT VOUCHER FILE MAC, APRIL 2016
5.5 SELESAI
Tugas untuk key-in data sudah selesai. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan kerja, penyelia akan memaklumkannya untuk dibetulkan. Kepentingan tugasan key-in data ialah maklumat-maklumat yang ada dalam file dapat dimasukkan dan disimpan di dalam komputer. Ini dapat memudahkan kerja-kerja mencari maklumat dari file-file lama pada masa akan datang
PENGESAHAN PELAJAR
“Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil dari kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Nama Pelajar : AMIRUL IDDIN BIN MOHD ARIF
No. Pendaftaraan : 18DGT13F2025
Tarikh : 7 DISEMBER 2016
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan Latihan Industri dari 20 Jun 2016 sehingga 04 Disember 2016. Sepanjang menjalankan Latihan Industri, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar latihan industri. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan latihan ini boleh menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran saya yang sedia ada.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada Syarikat Amanah Ikhtiar Malaysia serta kakitangan-kakitangan yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalankan latihan industri ini dan memberi peluang untuk menjalakan latihan industri di situ. Tunjuk ajar mereka amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan latihan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral semasa menjalankan latihan industri. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan laporan akhir ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN
|
MUKA SURAT
|
Judul
Pengesahan Pelajar
Penghargaan
Isi Kandungan
|
I
II-III
IV-V
|
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Kepentingan Latihan Industri
1.4 Objektif Laporan Akhir Latihan
Industri
|
1-2
3
3-4
4-6
|
BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Pengenalan Organisasi
2.2 Latar Belakang Penubuhan
2.3 Aktiviti Organisasi
2.4 Objektif Syarikat
2.5 Visi dan Misi Syarikat
2.6 Carta Organisasi
|
7
8
9
10
10
11
|
BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN
3.1 Aktiviti Mingguan
|
12-18
|
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan
4.2 Mesyuarat AJK program
4.3 Backdrop Design
4.4 Bunting Design
4.5 Invitation Card Design
4.6 Event Photographer
4.7 Penutup
|
19-20
21
22-23
24
25
26-27
27
|
BAB 5 LAPORAN TEKNIKAL
5.1 Pengenalan
5.2 Komponen Kerja
5.3 Key-in data
5.4 Key-in data
5.5 Selesai
|
28
28-29
30-31
32-33
34
|
BAB 6
Dapatan dan Cadangan
|
35-36
|
BAB 7
Kesimpulan
|
37-38
|
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Kursus Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan) merupakan salah satu daripada kursus pengajian yang ditawarkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dimana ianya mengambil masa selama tiga tahun. Semasa berada di semester ke-6 pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri (LI) di mana-mana firma sama ada di badan kerajaan mahupun swasta selama 20 minggu bagi memenuhi syarat- syarat penganugerahan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)
Matlamat atau objektif utama Latihan Industri ialah satu proses pembelajaran kepada para pelajar untuk mendalami alam pekerjaan yang sebenar sebelum menghadapinya pada masa hadapan. Para pelajar akan didedahkan kealam pekerjaan disamping mempelajari bagaimana keadaan dan situasi di tempat kerja serta menggunakan segala kemahiran yang dipelajari semasa berada di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pengetahuan serta bimbingan yang di perolehi di tempat kerja amat berguna setelah pelajar tamat pengajian nanti.
Bidang teknikal dan kemahiran dijadikan satu pendedahan yang ditekankan semasa berada ditempat kerja bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Perhubungan antara pekerja lain juga mewujudkan satu lagi kematangan perhubungan sesama pekerja serta semangat bekerja dalam kumpulan.
Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana:-
i. Mencatatkan segala apa yang dipelajari sepanjang tempoh latihan
ii. Sebagai bukti latihan yang telah diikuti
iii. Boleh digunakan sebagai penyokong untuk sesi temuduga pekerjaan
Justeru itu, Latihan Industri merupakan latihan yang penting bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai buah fikiran yang bernas dalam mencari konsep yang sejajar dengan permodenan negara kita. Ia juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk memperkembangkan dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam teknik- teknik kejuruteraan bagi pembangunan negara.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri mempunyai beberapa objektif yang penting kepada pelajar iaitu :-Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja.
i. Mengaitkan teori kepada praktikal dan sebagainya
ii. Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri
iii. Membina keyakinan diri
iv. Memupuk nilai murni dalam kehidupan
v. Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan
vi. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan.
1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Latihan industri ini mempunyai berbagai kepentingan kepada pelajar sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar supaya tidak mengalami kesukaran apabila tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan. Latihan industri dapat memberi pengalaman paling berguna kepada pelajar serta bagaimana cara untuk menyiapkan diri bagi menempuhi alam pekerjaan dan menjadikan pelajar lebih bersedia dalam menghadapi sesi pembelajaran setelah menamatkan latihan industri. Ianya penting agar pelajar dapat melakukan yang terbaik terhadap institusi tertentu dan kepada diri sendiri. Disamping itu, latihan industri ini juga membuat pelajar lebih yakin terhadap diri sendiri dan tidak terlalu mengharapkan pertolongan darii pihak yang lain serta dapat mengubah sikap para pelajar itu sendiri agar hidup lebih berdikari.
Selain itu dapat memupukkan semangat kerjasama antara pelajar dan semua pihak sebagai sebuah pasukan dan institusi yang lengkap. Sifat amanah dan bertanggungjawab adalah salah satu sifat yang paling dituntut dalam menjalankan latihan industri dan dalam alam pekerjaan yang sebenar kerana dengan adanya sifat ini ia dapat melambangkan imej politeknik serta dapat meyakinkan institusi tersebut untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar akan datang untuk menjalankan latihan industri di institusi tersebut serta memberi tawaran pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian.
Latihan industri juga dapat membuka pelajar agar mengaitkan tentang teori dipelajari didalam kelas dengan latihan praktikal yang sedang dijalankan.
1.4 OBJEKTIF LAPORAN
Laporan ini mestilah mengandungi latar belakang setiap pelajar diwajibkan untuk menulis satu laporan industri (LI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik mengenai latihan yang telah diikuti oleh pelajar. Garis panduan ini perlu dipatuhi sepenuhnya dan LI pelajar boleh ditolak jika tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian setiap pelajar mestilah mengkaji garis panduan ini terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan. Hasil penulisan adalah hasil pengalaman pelajar itu sendiri, syarikat atau firma dan juga peranannya. Selain itu juga,ianya mesti meliputi perkara yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan ini.
Pelajar juga mestilah memahami objektif sebenar diwajibkan dalam penyediaan laporan industri apabila mereka tamat menjalani latihan. Berikut adalah faktor-faktor utama yang diwajibkan didalam penyediaan laporan latihan ini.
i. Untuk menerangkan secara bertulis tentang kerja-kerja yang dilakukan dan dipelajari semasa menjalani latihan ini yang mana ianya dapat menerangkan pengalaman pelajar semasa menjalani latihan ini.
ii. Membuat kajian tentang sesuatu kerja dan membuat satu rumusan tentang keberkesanannya dari segi kualiti untuk meningkatkan mutu kerja tersebut.
iii. Menyusun segala aktiviti yang dilakukan dengan teratur dan mudah difahami
iv. Menyertakan gambarajah dan carta yang menunjukkan dengan jelas jenis peralatan dan cara kerja yang dilakukan.
v. Menghasilkan idea-idea yang dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan
vi. Untuk dijadikan panduan semasa menghadiri temuduga dan setelah menceburi bidang pekerjaan.
vii. Membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran, melahirkan pendapat yang bernas serta menunjukkan kematangan pelajar tersebut.
viii. Membuktikan seseorang pelajar itu telah menjalani latihan industri seperti yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
ix. Dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan laporan yang berkualiti.
BAB 2 :LATAR BELAKANG ORGANISASI
1. PENGENALAN ORGANISASI
Amanah Ikhtiar Malaysia Merupakan organisasi mikrokredit terbesar di Malaysia yang ber ibupejabat di Bandar Sri Damansara dan mempunyai 139 buah cawangan di 23 wilayah di 7 zon di seluruh Malaysia. Ibu Pejabat AIM merangkumi 1 blok pejabat yang boleh memuatkan lebih 500 pekerja dan 1 leret bangunan kedai 2 tingkat di mana terlertaknya juga pejabat AIM Solutions, dan juga kedai-kedai yang menyewa dari AIM.
Pengarah Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia, Dato’ Dr. Zubir Harun, juga merupakan Pengerusi Lembaga di syarikat ini. Ibupejabat syarikat ini mempunyai 5 jabatan dan 23 unit berbeza yang mempunyai tenaga kerja pakar yang tersendiri mengikut unit masing-masing. Syarikat ini mempunyai lebih 200 orang pekerja dan merupakan orang-orang tempatan dari seluruh negara yang tinggal berdekatan dengan Bandar Sri Damansara.
2.1.1 Menara AIM
2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.
2.2.1 Logo AIM
3. AKTIVITI SYARIKAT
Amanah Ikhtiar Malaysia menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga
Untuk mencapai objektif tersebut, AIM menyediakan produk-produk berikut :
· Pembiayaan Modal
· Simpanan Wajib
· Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat
4. OBJEKTIF SYARIKAT
Objektif AIM ialah :
- Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
- Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
- Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
5. VISI DAN MISI SYARIKAT
i. Memastikan AIM menjadi sebuah institusi kewangan mikro terunggul
ii. Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan
iii. Tegas, amanah, bijaksana, dan telus dalam melakukan tugas
6. CARTA ORGANISASI
2.6.1 Ahli lembaga AIM
BAB 3 : TUGASAN HARIAN
3.1 AKTIVITI MINGGUAN
Minggu
|
Tarikh
|
Aktiviti
|
1
|
20-25/6/2016
|
u Memasang dan setup MAC Pc
u Menghadiri mesyuarat unit
u Menghadairi program syarikat
|
2
|
27-2/7/2016
|
u Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemandu system E-aduan
u Menjadi Jurugambar Program
u Design Backdrop
|
3
|
04-9/7/2016
|
u Cuti umum bersempena hari raya aidil fitri
|
4
|
11-16/7/2016
|
u Design Backdrop untuk majlis rasmi syarikat
u Design Bunting untuk majlis rasmi syarikat
u Menjadi Jurugambar untuk program rasmi syarikat
u Menghadiri Mesyuarat unit
|
5
|
18-23/7/2016
|
u Crop background dari gambar ahli lembaga
u Design untuk plaque baru AIM
|
6
|
25-30/7/2016
|
u Edit gambar CEO AIM
u Hasilkan slide untuk present di mesyuarat syarikat
u Scan surat khabar
|
7
|
01-06/8/2016
|
u Menghadiri mesyuarat AJK program
u Menghasilkan design backdrop
u Menyediakan bahan-bahan untuk program
|
8
|
8-13/08/2016
|
u Menjaga server AIM
u Format laptop kakikitangan UZWI
u Menjadi jurugambar majlis jamuan anjuran KKIP
u Install antivirus di laptop kakitangan CED
u Menghasilkan slide untuk presentation UKK
|
9
|
15-20/08/2016
|
u Edit dan hasilkan video bagi program anjuran JSM
u Menjadi jurugambar untuk mesyuarat MOU
|
10
|
22-27/08/2016
|
u Edit dan hasilkan video bagi program anjuran JSM
|
11
|
29-03/09/2016
|
u Edit dan hasilkan video bagi program anjuran JSM
u Pindah peralatan pejabat dari UKK ke UPSK
u File Management untuk file-file di UA
|
12
|
05-10/09/2016
|
u File Management
u Key-in maklumat-maklumat File GST UA
|
13
|
12-17/09/2016
|
u Office Housekeeping (5s)
|
14
|
19-24/09/2016
|
u File Management
u Key-in maklumat-maklumat File GST UA
|
15
|
26-01/10/2016
|
u Audit 5s
u File Management
u Key-in maklumat-maklumat File GST UA
|
16
|
03-08/10/2016
|
u Menghadiri majlis rasmi syarikat
u Melakukan kerja-kerja pejabat
u Print dokumen
u Isi borang bayaran
u Highlight prosedur yang di- reject
|
17
|
10-15/10/2016
|
u Edit dan hasilkan video tazkirah Ustadz Amran
u Memasak Bubur Asyura
u File Management
|
18
|
17-22/10/2016
|
u File Management
u Melakukan kerja-kerja pejabat
|
19
|
24-29/10/2016
|
u File Management
u Melakukan kerja-kerja pejabat
u Cari Baucar Bayaran
|
20
|
31-05/11/2016
|
u File Management
u Melakukan kerja-kerja pejabat
|
BAB 4 : DESIGN UNTUK MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IBU PEJABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) TAHUN 2016/ 1437H
4.1 PENGENALAN
Sambutan Hari Raya peringkat ibu pejabat AIM merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat(UKK). Ianya dianjurkan bagi mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin di antara warga kerja dan pihak-pihak yang berkaitan dalam kemeriahan Syawal.
Pada tahun ini, pihak UKK mencadangkan pelaksanaan program ini dibuat sedikit berbeza berbanding tahun sebelum di mana pada tahun ini, Carlton Holiday Hotel & Suites Shah Alam dicadangkan sebagai lokasi program. Konsep dan pengisian program juga diberikan sedikit kelainan berbanding yang lepas di mana konsep lebih santai dan kekeluargaan akan dipraktikkan dalam penganjuran pada kali ini.
Ini akan memberikan lebih ruang untuk warga kerja beramah mesra bukan sahaja di antara warga kerja dan pihak luar yang terlibat, malah kenangan manis ini dapat dikongsikan bersama keluarga masing-masing.
Tugas untuk mengurus dan mengendalikan program ini diserahkan sepenuhnya kepada Unit Komunikasi Korporat(UKK) yang berada di dalam Bahagian Perhubungan Komunikasi & Kesejahteraan(BPKK). Pihak UKK akan mengendalikan kertas kerja, perancangan program, pengumpulan dan penghasilan bahan-bahan, dan lain-lain perkara yang berkenaan bagi mencapai objektif program.
OBJEKTIF PROGRAM :
I. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja dan pihak berkaitan dengan AIM dalam suasana sambutan bulan syawal.
II. Meraikan dan menghargai komitmen yang telah diberikan oleh warga kerja serta semua pihak yang terlibat dengan AIM.
III. Membina imej dan jati diri yang unggul selaras dengan visi dan misi ke arah meningkatkan kesejahteraan ummah.
4.2 : MESYUARAT PENENTUAN AJK DAN AGIHAN TUGASAN
- Mesyuarat pertama diadakan di bilik mesyuarat unit komunikasi korporat untuk menentukan AJK dan tugasan
- AJK bertugas akan menyediakan proposal dan report untuk program
- Semua AJK melakukan tugasan mengikut tugas yang telah diberikan
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM (PERINGKAT UKK)
PENASIHAT
Yaacob Omar
PENGARAH PROGRAM
Mohd Safuan Ismail
SETIAUSAHA
Mohamad Aizuddin Sabaruddin
BENDAHARI
Suziani Rani
AJK PENGACARAAN : Mohd Safuan Ismail
AJK MAKANAN DAN MINUMAN : Mohd Aizuddin Sabaruddin
Nurul Izwanie Hashim
AJK JEMPUTAN, SAMBUTAN & MEDIA : Noraini Hussin
Suziani Rani
Lia Hasnamila Pajar Ali
AJK LOGISTIK, TEKNIKAL & LIPUTAN : Tajul Asrul Syah Mokhtar
Sidek Abd Razak
Abd. Gafur Abd. Majid
Amirul Iddin Mohd Arif
4.3 PENGHASILAN DESIGN BACKDROP
Design backdrop bersaiz 8x14 kaki diperlukan sebagai salah satu elemen penting dalam majlis. Design dihasilkan menggunakan aplikasi adobe photoshop dan perlu mengandungi isi-isi penting majlis dan perlu mengikut tema syarikat. Penghasilan design diberikan masa selama 2 minggu untuk disiapkan dan perlu mendapatkan kelulusan dari pengarah program sebelum dihantar ke pembekal, Enjoy Creative Sdn. Bhd. untuk dicetak.
- Buka aplikasi adobe photoshop dan create new project. Kemudian tetapkan setting saiz gambar, resolutions, dan color mode untuk design yang akan dihasilkan
4.3.1 Adobe Photoshop -> File -> New
- Dapatkan bahan-bahan untuk menghasilkan design seperti, gambar background, fonts, dan logo AIM daripada internet
- Hasilkan backdrop mengikut format yang ditetapkan syarikat seperti penggunaan jenis font, warna, dan gambar-gambar yang formal bersesuaian dengan latarbelakang syarikat
- Design backdrop perlu ditunjukkan dari masa ke semasa kepada penyelia atau kakitangan bertugas untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan sebelum di-print dan dihantar kepada pengarah program untuk kelulusan.
4.4 PENGHASILAN DESIGN BUNTING
Buka adobe photoshop dan create new untuk design bunting. Setting saiz gambar, resolution dan color mode kepada 4x8kaki, 80res, dan CMYK color. Gunakakan plain color untuk background dan tulis isi-isi penting bunting menggunakan font formal. Masukkan gambar-gambar yang berkenaan seperti logo AIM, dan gambar tema bunting.
Masukkan logo baru AIM dan setting kedudukan logo tersebut di top-middle. Gunakan teknik blending dan gradient untuk background untuk mengelakkan pertindihan dengan tulisan-tulisan pada bunting dan masukkan glow effect pada tulisan-tulisan tersebut untuk menonjolkan tulisan-tulisan pada bunting tersebut. Tunjukkan design pada penyelia atau kakitangan bertugas untuk cadangan penambahbaikan seperti penggunaan warna pada tulisan dan warna latarbelakang sebelum dicetak dan ditunjukkan kepada pengarah program untuk kelulusan. E-mail-kan design yang telah mendapat kelulusan kepada Enjoy Creative Sdn. Bhd. Untuk dicetak.
4.5 PENGHASILAN DESIGN KAD JEMPUTAN
Buka adobe photoshop dan create new untuk design kad jemputan majlis. Setting saiz gambar, resolution dan color mode kepada saiz A4, 120res, dan CMYK color mode. Gunakakan light color untuk background dan tulis isi-isi penting kad jemputan menggunakan font yang formal dan bersesuaian. Masukkan gambar-gambar yang berkenaan seperti logo AIM, dan gambar-gambar yang selaras dengan tema majlis.
Masukkan logo baru AIM dan setting kedudukan logo tersebut di top-right. Gunakan teknik blending dan gradient untukbackground untuk mengelakkan pertindihan dengan tulisan dan gambar pada kad jemputan. Masukkan glow effect pada tulisan-tulisan yang ada untuk menonjolkan tulisan-tulisan tersebut. Gunakan warna yang betul pada tulisan-tulisan yang ada untuk mengelakkan daripada tulisan-tulisan tersebut tenggelam.
Tunjukkan design pada penyelia atau kakitangan bertugas untuk cadangan penambahbaikan seperti penggunaan warna pada tulisan dan warna latarbelakang sebelum dicetak dan ditunjukkan kepada pengarah program untuk kelulusan. E-mail-kan design yang telah mendapat kelulusan kepada Enjoy Creative Sdn. Bhd. Untuk dicetak.
4.6 JURUGAMBAR MAJLIS
Ambil peralatan-peralatan teknikal seperti, speaker, microphone, camera printer, dan extension dari bilik store unit komunikasi korporat dan bawa ke B1 menara amanah ikhtiar Malaysia untuk dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke Carlton Holiday Hotel & Suites.
Bantu kakitangan-kakitangan yang ada di hotel carlton melakukan persedian untuk majlis. Setting meja makan, letakkan kotak cenderahati di kaunter, dan hias candy corner. Pasang bunting di pintu hadapan dan di photo booth kemudian pasang backdrop di dewan utama. Setelah selasai membantu melakukan persedian-persedian majlis, pergi ke bilik khas di sebelah lobby untuk setting peralatan-peralatan teknikal media. Setup dan setting printer dan laptop di atas meja,setting kamera untuk indoor shooting seperti memasang flash, dab membetulkan ISO dan lighting. Pasang Video Cam di hadapan dewan dan di dalam pintu masuk, kemudian setting projector untuk memaparkan rakaman langsung majlis.
Mandi dan tukar pakaian di bilik yang ditempah pihak pengurusan AIM dan turun ke lobby hotel untuk mengambil kamera dan bersedia untuk menyambut tetamu. Ambil gambar sebanyak mungkin dari posisi-posisi yang berlainan sepanjang majlis berlangsung. Ambil gambar tetamu di photo booth dan hantar memory card yang telah penuh ke bilik media untuk mencetak gambar-gambar dari photo booth. Kumpulkan gambar-gambar yang telah di-print dan hantarkan gambar-gambar tersebut kepada MC majlis untuk diagihkan kepada tetamu. Kemaskan peralatan-peralatan teknikal media setelah majlis tamat dan masukkan ke dalam kereta sebelum pulang ke AIM HQ.
4.7 PENUTUP
Majlis sambutan hari raya aidilfitri peringkat ibu pejabat amanah ikhtiar Malaysia (AIM) tahun 2016. 1437H dijalankan dengan jayanya tanpa ada timbul sebarang masalah. Unit komunikasi korporat (UKK) merupakan penyelaras kepada majlis in dengan dibantu semua Unit di Ibu Pejabat AIM. Semua kakitangan yang terlibat telah memberikan komitmen yang baik dan melakukan kerja dengan kemas dan professional seterusnya membawa kepada kejayaan perlangsungan program.
Kerja-kerja designing backdrop, bunting, dan invitation card dilakukan dengan cekap dan kemas dan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang diberi.
BAB 5 : KEY IN DATA
5.1 PENGENALAN
Key in data ialah kerja dimana data-data dari fail-fail syarikat dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam komputer menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Fail-fail yang perlu dikerjakan ialah :-
i. Fail unit akaun : GST june 2016
ii. Fail unit akaun : GST july 2016
iii. Fail unit akaun : baucar bayaran mac 2016
iv. Fail unit akaun : baucar bayaran april 2016
5.2 KOMPONEN KERJA
Kenalpasti komponen kerja yang perlu dilakukan. Pastikan semua komponen itemyang dibuat berikut berdasarkan kertas manualyang disediakan oleh penyelia.
i. Date
ii. Code
iii. TAX INVOICE NO/BILL NO/DEBIT/CREDIT NO
iv. GST id
v. Pengirim
vi. Tujuan pembayaran
vii. Reference
viii. Base Amount
ix. Input tax
x. Op
xi. Rounding adjustment
xii. Total
xiii. Tax code
5.2.1 Empty Form Table
5.3 KEY IN GST FILE JUN, JULY 2016
1. Buka file dan susun baucar bayaran mengikut no baucar. Setelah siap disusun kumpul dan masukkan data-dari dari baucar bayaran ke dalamMicrosoft excel mengikut no baucar dari kecil ke besar.
2. Kumpulkan maklumat tarikh, kod, no. invois/no. bil/no. credit, GST id, pengirim, tujuan pembayaran, rujukan,base amount, input tax, Op, rounding adjustment, total, dan tax code dari dalam baucar bayaran dan masukkan maklumat-maklumat tersebut ke dalam Microsoft excel
5.3.1 Microsoft excel -> GST June
5.3.2 Microsoft excel -> GST july
3. Setelah selasai kerja-kerja key-in data,save dan hantarkan kerja tersebut kepada penyelia melalui thumbdriveuntuk disemak.
5.4 KEY IN PAYMENT VOUCHER FILE MAC, APRIL 2016
Kerja ini menggunakan prosedur yang sama seperti kerja key in gst file jun, july 2016iaitu, ambil file baucar bayaran dan susun baucar bayaran didalam file mengikut no baucar. Setelah siap disusun kumpul dan masukkan data-dari dari baucar bayaran ke dalam Microsoft excel mengikut no baucar dari kecil ke besar.
Kumpulkan maklumat-maklumat tarikh, kod, no. invois/no. bil/no. credit, GST id, pengirim, tujuan pembayaran, rujukan, base amount, input tax, Op, rounding adjustment, total, dan tax code dari dalam baucar bayaran dan masukkan maklumat-maklumat tersebut ke dalam Microsoft excel
Kumpulkan maklumat-maklumat tarikh, kod, no. invois/no. bil/no. credit, GST id, pengirim, tujuan pembayaran, rujukan, base amount, input tax, Op, rounding adjustment, total, dan tax code dari dalam baucar bayaran dan masukkan maklumat-maklumat tersebut ke dalam Microsoft excel
5.4.1 File baucar bayaran MAC 2016
5.4.2 File baucar bayaran APRIL 2016
Setelah selasai key-in kesemua maklumat dari baucar bayaran dari semua jilid file mac dan april, save dan hantarkan kerja tersebut kepada penyelia melalui thumbdrive untuk disemak.
5.5 SELESAI
Tugas untuk key-in data sudah selesai. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan kerja, penyelia akan memaklumkannya untuk dibetulkan. Kepentingan tugasan key-in data ialah maklumat-maklumat yang ada dalam file dapat dimasukkan dan disimpan di dalam komputer. Ini dapat memudahkan kerja-kerja mencari maklumat dari file-file lama pada masa akan datang
File-file yang sudah digunakan akan disimpan di dalam bilik file untuk menggantikan file-file lama yang sudah dibungkus di dalam kotak dan dihantar ke bilik store unit akaun.
BAB 6 : DAPATAN & CADANGAN
Sebagai seorang pelatih yang telah menjalani latihan, beberapa cadangan dan saranan yang bertujuan mempertingkatkan lagi pencapaian objektif Latihan Industri khususnya dan juga matlamat Amanah Ikhtiar Malaysia umumnya. Sebagai seorang pelajar , latihan industri ini cukup berfaedah kepada para pelajar.
Pelbagai faedah dapat diperolehi selepas tamat latihan industri terutamanya berkenaan dengan perkara-perkara teori yang dapat dipraktikan di tempat latihan. Dengan ini, kita dapat melihat sendiri keadaan sebenar sesuatu keadaan yang sebelum ini kita hanya dapat membayangkannya melalui teori sahaja.
Selain daripada itu, ada beberapa cadangan yang boleh dikemukakan iaitu :
i. Pihak Unit Latihan Industri dicadangkan supaya menyediakan satu jadual khas kepada pelatih berdasarkan kepada firma yang ditempatkan bagi melicinkan dan memudahkan perjalanan Latihan Industri. Ini juga dapat mengelakkan pihak tertentu cuba mengambil kesempatan ke atas pelatih bagi memudahkan tugas mereka.
ii. Pelatih sepatutnya ditempatkan di setiap bahagian agar mereka tidak tertumpu terhadap sesuatu bidang sahaja dan dapat mempelajari perkara lain dalam masa yang sama seperti cara pengurusan sesebuah firma itu.
iii. Memberi peluang kepada pelatih agar mereka boleh bertanya sendiri kepada pekerja yang melakukan sesuatu proses bagi memudahkan mereka memahaminya serta mampu menghasilkan sebuah laporan yang lengkap apabila tamat latihan nanti.
iv. Saya berharap agar cadangan dan saranan saya ini dapat meningkatkan lagi mutu Latihan Industri yang telah sedia ada dan lebih bermanfaat kepada pelatih-pelatih bagi generasi yang seterusnya. Akhir kata, kerjasama dan perhubungan yang akrab antara pihak politeknik dan pihak firma amatlah diperlukan bagi membentuk sebuah pertalian yang akan menguntungkan bagi semua pihak termasuk pihak firma, pelatih, mahupun pihak politeknik sendiri.
BAB 7 : KESIMPULAN
Setelah menjalani Latihan Industri (L.I) yang bermula dari 20 Jun 2016 sehingga 4 November 2016 di Ibupejabat Amanah Ikhtiar Malaysia, banyak pengalaman dan pengetahuan baru telah saya perolehi sepanjang saya menjalani latihan tersebut. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak-pihak di Amanah Ikhtiar Malaysia dapat saya manfaatkan apabila memasuki alam pekerjaan nanti.
Melalui Latihan Industri ini juga, saya turut didedahkan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar berbanding sebelum ini yang hanya mengetahui dari sahabat handai dan saudara mara sahaja. Apabila menempuh dan melalui sendiri suasana alam pekerjaan ini, saya dapat merasai pengalaman dan sekaligus mempelajari suatu yang baru serta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sepanjang tempoh latihan.
Sepanjang tempoh latihan ini juga, teknik berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya para sahabat (pelanggan/peminjam), pihak atasan Amanah Ikhtiar Malaysia dan di kalangan pekerja sendiri dapat saya pelajari dan secara tidak langsung, ia dapat menambahkan lagi pengetahuan saya bukan sahaja dari segi teknikal, malahan dari segi berkomunikasi juga.
Sebagai kesimpulan bagi sepanjang tempoh Latihan Industri ini, saya berpendapat bahawa Latihan Industri banyak memberi manfaat kepada saya iaitu dari segi :
i. Meningkatkan kemahiran diri dalam melakukan kerja berkaitan teknikal serta penggunaan alatan-alatan moden.
ii. Dapat mempraktikan teori yang telah dipelajari.
iii. Dapat mendedahkan diri pada alam pekerjaan yang sebenar.
iv. Diberi peluang untuk mencuba sendiri dan mempelajari sesuatu yang baru ketika tempoh latihan.
v. Membentuk keyakinan diri, sifat amanah, bekerja dalam kumpulan (team work), dan bertanggung jawab dalam menjalankan sesuatu tugas.
vi. Dapat mempelajari kemahiran berinteraksi dengan pegawai atasan dan orang luar(sahabat/peminjam)
Terima kasih kepada pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia diatas kerjasama mengendalikan Latihan Industri. Sesungguhnya Latihan Industri ini banyak memberi faedah kepada para pelajar untuk menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang pekerjaan, mahupun pembelajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan