Jumaat, 18 Januari 2019

7 kesan telefon pintar terhadap kanak kanak

Kesan buruk telefon pintar kepada kanak-kanak


.

Terdapat banyak spekulasi mengenai kesan radiasi telefon pintar terhadap badan kita. Satu kajian oleh The Journal of the American Medical Association mencetuskan perdebatan apabila menyiasat kesan telefon pintar terhadap aktiviti oleh otak kita. Antara bahaya terhadap kesihatan dan tingkah laku kanak-kanak adalah :

1. Ketumbuhan

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kerap menggunakan telefon pintar atau telefon mudah alih mempunyai kemungkinan pertumbuhan tumor pada otak dan telinga.

2. Barah


Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai "kemungkinan karsinogenik terhadap manusia" oleh WHO. Lebih teruk, kanak-kanak menyerap lebih daripada 60% radiasi ke dalam otak berbanding orang dewasa. Disebabkan kulit otak, tisu-tisu dan tulang kanak-kanak yang lebih nipis, menyebabkan penyerapan radiasi ini dua kali ganda berbanding orang dewasa. Selain itu, sistem saraf kanak-kanak yang sedang berkembang menyebabkan mereka lebih terdedah terhadap karsinogen ini.

3. Kesan terhadap otak

Menurut saintis, dengan hanya 2 minit panggilan telefon boleh mengubah aktiviti pemilihan dalam otak kanak-kanak selama satu jam. Gelombang radio ini bukan sahaja menembusi telinga malah menembusi otak. Otak yang terganggu ini boleh menjejaskan kebolehan pembelajaran kanak-kanak dan menyebabkan masalah perilaku yang lain. Ia boleh mengganggu mood dan kebolehan untuk belajar di sekolah jika menggunakan telefon.

4. Akademik


Seperti remaja, kanak-kanak juga ketagihan penggunaan telefon pintar. Mereka bermain permainan video terlalu kerap dan mengabaikan apa yang patut mereka lakukan termasuklah belajar. Ini menyebabkan mereka lebih terkebelakang berbanding kanak-kanak lain.

5. Gangguan perhatian

Ini amat menakutkan. Telefon pintar boleh menyebabkan gangguan kepada anak-anak dengan cara membuatkan mereka tidak mendengar apabila ibu bapa memanggil. Jika ada gajet di depan mata, semua benda tak dipedulikan.

6. Gangguan perkembangan sistem kognitif


Sangat bahaya apabila ini berlaku, di mana proses melihat, ingatan, penilaian dan pemikiran akan terganggu. Sebagai contoh haiwan dalam gajet tak sama dengan yang sebenar. Apabila mereka masuk ke sekolah, akan menjadi masalah dalam pelajaran.

5. Perilaku buruk

Masalah emosi boleh disebabkan oleh telefon pintar. Jika mereka sudah menjadi tabiat bermain telefon bimbit, kanak-kanan yang tidak dapat membezakan baik buruk ini sukar untuk mengikuti kata-kata ibu bapa ketika leka bermain telefon bimbit. Sebagai contoh, tidak mahu makan kerana asyik bermain telefon.
Dan juga bukan mudah bagi mendapatkan kembali telefon bimbit jika sudah berada dalam genggaman mereka. Jika tidak diberi, pasti mereka akan mengamuk dan mula membaling barang. Adalah lebih baik agar tidak langsung memberikan telefon pintar, atau jika hendak diberikan, kawal setiap aktiviti mereka.

6. Perkembangan fizikal terbantut


Biasanya budak mengadap gadget ni kan menunduk sikit. Untuk tempoh yang panjang, posisi macamni boleh rosakkan bahagian atas tulang belakang dan menekan saraf yang menghubungkan bahagian badan dan kepala.  

7. Mengganggu tidur anak-anak


Skrin telefon pintar mengeluarkan bluelightyang mengganggu pengeluaran hormon melatonin iaitu hormon yang mengawal tidur dan bangun kita. Prof. Dr. Muhaya mencadangkan, sejam sebelum masa tidur, jauhkan anak-anak dari apa-apa gajet ni untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Khamis, 17 Januari 2019

PENKUMERAH_ Laman_Penkumerah_blogspot.com

Pengenalan Laman Blog Pen Ku Merah


Assalammualaikum kepada para pembaca yang pertama kali melawati laman ini. Pertama sekali admin ingin mengucapkan terima kepada semua yang sudi melawat  laman "Pen Ku Merah" ini

           Ingin admin menerangkan Laman "Pen Ku Merah" ialah sebuah laman membantu memberikan info terkini ,hiburan,sukan,pembelajaran ,teknologi serta tips-tips yang menarik dan berguna kepada para pembaca.

           Mohon maaf jika ada yang terkurang berkenaan dengan laman yang disediakan dan admin mengharapkan maklum balas serta support dari semua pembaca laman blog ini. Semoga dapat membantu admin untuk menjadi laman ini lebih baik dan membuatkan admin lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada semua para pembaca blog ini.

Rabu, 16 Januari 2019

Cara buat direct link terus ke whatsapp anda khas untuk perniaga online

Cara buat direct link terus ke whatsapp dengan www.wasap.my



Hai dan Assalamualaikum


Mesti korang ada perasan kan bila sekarang ramai peniaga online yang letak link bila tekan direct terus boleh whatsapp.


Almaklumlah pembeli-pembeli online ni kebanyakannya malas nak whatsapp sebab kena save nombor.Padahal nak tanya harga je pun.Sebab tu dorang suka komen PM PM PM.kan?

Ni sekarang Mrs.RA nak ajar korang terutamanya untuk peniaga online camana nak buat link whatsapp tu dan bila tekan boleh terus ke whatsapp kita.Tak perlu save nombor.

.
Caranya sangat mudah hanya guna link ni :

http://www.wasap.my/

Cuma letakkan nombor anda di belakang link tu contohnya :

http://www.wasap.my/+60172345678
.
Kalau nak ada text semasa whatsapp, edit jadi macam ni :

http://www.wasap.my/+60139160013/haisayanaktanyaharga




Hanya untuk smartphone tau.

Formatnya:


http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatAnda]

.
Ada yang kena test 2,3 kali baru keluar di whatsapp.
.
Kalau nak hide link tu, anda boleh guna link shortener seperti tinyurl, bitly, goo.gl ataupun domain anda sendiri. Yang tu nanti Mrs.RA cerita kat entry lain ya.
.
Selamat mencuba.
.
Oh ye, kalau dah test dan menjadi, jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan anda. 
.
Btw, credits untuk owner laman "web wasap.my " yang menjadikan App ia lebih mudah.. 

Huawei Nova 4 Dilancarkan Dengan Tri-Kamera – Berharga RM1899





Huawei Nova 4 Dilancarkan Dengan Tri-Kamera – Berharga RM1899







Huawei Nova 4 dilancarkan di China pada pertengahan Disember 2018 dengan rekaan skrin berlubang sekaligus menjadi telefon pintar pertama daripada Huawei yang menggunakan panel skrin seumpamanya dan kedua di dunia selepas Samsung Galaxy A8s. Peranti ini akhirnya dilancarkan di Malaysia tetapi hanya versi dengan kamera utama 20-Megapixel sahaja ditawarkan. Di China Nova 4 ditawarkan dengan pilihan kamera utama sebesar 48-Megapixel.
Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.4-inci IPS LCD dengan paparan 2310×1080 pixel, dijana cip Kirin 970 seperti pada Nova 3 sebelum ini, menawarkan memori  8GB RAM, dan storan 128GB. Namun begitu tiada sokongan untuk kad mikro SD disertakan. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang dengan pilihan sensor 20+16+2 Megapixel, selain kamera hadapan 25-megapixel yang terletak pada bahagian skrin berlubang. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar EMUI 9.


Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 3750mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C serta pengecas 18W. Peranti masih disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di Malaysia, Huawei Nova 4 akan dijual pada harga RM1899 sebuah bermula 14 Februarihadapan.

Selasa, 15 Januari 2019

Rahmanabdullah_2019_penkumerah

Rahmanabdullah_2019_penkumerah

pelancaran Rasmi Perodua Aruz 2019

Perodua Aruz 2019: Siaran langsung pelancaran rasmi


Pelancaran Perodua Aruz akan menjadi acara pembuka tirai pengenalan rasmi model kenderaan terbaru bagi tahun 2019. Untuk itu, kami akan membawakan siaran secara langsung majlis pelancaran SUV tujuh-tempat duduk Perodua ini, walaup di mana juga anda berada (asalkan, ada talian internet).
Aruz menandakan kehadiran semula Perodua untuk menawarkan barisan produk dalam segmen SUV, setelah hampir sedekad menyepi, selepas pengenalan model Nautica pada tahun 2008. Lama sebelum itu, tentu ramai yang masih ingat sebuah lagi SUV yang pernah dipasarkan syarikat itu, Kembara. Aruz menjadi penyambung kepada cerita ini.
Ia berkongsi asas yang sama dari Daihatsu Terios, dan begitu juga dengan model Toyota Rush generasi kedua. Dari maklumat awal yang ada, Aruz akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter Dual VVT-i dengan transmisi automatik empat-kelajuan. Hanya dua varianakan ditawarkan, dengan model spesifikasi tertinggi akan turut hadir dengan ciri Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.
Harga anggaran yang diumumkan sebelum ini ialah antara RM72,200 bagi varian X yang paling asas hingga RM77,200 bagi varian tertinggi AV – harga atas jalan tanpa insurans. Perincian lanjut akan diperoleh dan disahkan sebaik sahaja model ini dilancarkan secara rasmi esok malam. Ikuti perkembangan selanjutnya bersama kami.

Sumber : 

Perodua Aruz 2019




Harga Dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Diumum 2019





Syarikat pengeluar kereta tempatan iaitu Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad, PERODUA telah membuka tempahan bagi model kereta terbarunya mulai hari ini. Harga dan spesifikasi Perodua Aruz turut diumumkan dan semua pembeli boleh membuat tempahan mengikut varian yang diminati.
Perodua Aruz ditawarkan dengan model dua varian iaitu X dan AV dengan kedua-duanya enjin berkapasiti 1.5L transmisi Automatik dan mempunya ruang duduk sehingga memuatkan 7 orang termasuk pemandu. Berikutan pengumuman varian bagi model Aruz ini, jadual harga boleh dilihat di bawah:
Harga Perodua Aruz 2019
perodua aruz
Pengumuman harga dan model terbaru Perodua ini membolehkan kita membuat perbandingan dengan harga model SUV kereta yang lain. Ketika ini model Aruz lebih murah RM20 ribu berbanding Toyota Rush yang dianggarkan berharga RM93 ribu hingga RM98 ribu ketika diperkenalkan. Begitu juga dengan model Honda BR-V yang dijual antara RM81 ribu hingga RM88 ribu. Dengan pengumuman harga ini juga, Perodua Aruz akan menjadi pilihan pengguna Malaysia yang sememangnya terbukti berkualiti dan setanding dengan model kereta import lain.
Penawaran daripada dua varian Aruz 1.5L X dan Aruz 1.5L AV ini turut memberi jaminan kilang 150,000km. Ini membuktikan keyakinan akan kualiti produk dan maintenance model baharu tersebut.
Spesifikasi Perodua Aruz
Warna Aruz yang ditawarkan ialah Amazon Green (Metallic), Granite Grey (Metallic), Electric Blue (Metallic), Glittering Silver (Metallic) dan Ivory White (Solid).
Manakalah ciri keselamatan Aruz juga menyediakan 6 Airbags, dengan kecanggihan sistem A.S.A atau Advance Safety System 2.0 di samping rekabentuk tempat duduk yang selesa dan boleh diubah-ubah (Flexible Seating Arrangement). Perodua seperti biasa tetap menggunakan enjin EEV yang terbukti lasak dan diserasikan sistem penjimatan enjin Eco Idle dengan anggaran 15.6 kilometer per liter petrol.
Perbezaan Perodua Aruz Varian X dan AV
spesifikasi perodua aruz
Kedua-dua varian menunjukkan perbezaan di bahagian Style dan Covenience. Hanya varian 1.5L AV yang menawarkan Sportu Roof Rail dan Integrated Driving Video Recorder (DVR). Manakalah varian 1.5L X dengan Fabric Seat dan varian 1.5L AV dengan Leather Seat. Dan beberapa lagi kelebihan yang dipaparkan kepada varian 1.5L AV.
Sumber: Paultan

KERETA HILUX MITSUBISHI TRITON TERBARU 2019






MITSUBISHI TRITON 2019 BAHARU

DILANCARKAN!






Bertempat di Bangkok pada hari ini, Mitsubishi telah melancarkan trak pikap Triton 2019 dengan rupa yang serba baharu menampakkan lagi kekacakan kuda kerja daripada Mitsubishi ini. 
Buat pertama kalinya sejak pengenalan pertama pada tahun 2015, Mitsubishi Triton kini menerima pelbagai ciri keselamatan terkini seperti brek kecemasan autonomi (AEB), amaran titik buta dengan ciri bantuan penukaran laluan, amaran lintasan trafik belakang,Ultrasonic Misacceleration Mitigation System dan juga Multi Around Monitor
Seperti  yang disebutkan sebelum ini, Mitsubishi Triton menerima elemen rekaan Dynamic Shield yang dipinjam secara terus daripada SUV Pajero Sport, menampilkan bumper hadapan yang lebih gagah, gril melintang yang lebih tebal serta terdapat bukaan pada gril rendah.

Pada kedua-dua bahagian sisi pula, terletaknya lampu membelok dan lampu kabus yang sengaja diletakkan tinggi daripada tanah, supaya tidak mudah terjejas akibat hentakan batu mahupun percikan air. 
Manakala pada bahagian belakang pula menampilkan lampu belakang pula telah menerima rekaan baharu diikuti dengan bumper juga yang lebih ringkas.

Bahagian dalaman kini telah diperbaharu dengan penambahan beberapa bahagian yang menggunakan bahan lembut (soft-touch) - sama seperti Pajero Sport - serta penggunaan warna dua tona menyerikan keadaan dalam kabin. 
Tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap nadi kuasa oleh kerana Triton ini masih mengekalkan penggunaan enjin 2.5 liter turbodiesel yang menghasilkan 107 hp/200 Nm dan 134 hp/324 Nm manakala spesifikasi tertinggi menerima khidmat daripada enjin 2.4 liter turbo-diesel 4N15 yang mampu menjana 178 hp dan 430 Nm daya kilas. 
Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada sistem 4WD Mitsubishi menerusi transmisi manual enam kelajuan dan pilihan automatik enam kelajuan.

Sistem 4WD tersebut didatangkan dengan ciri Easy Select (untuk model spesifikasi rendah) dan juga Super Select, manakala mod pemanduan pula boleh dipilih menerusi Gravel, Mud/Snow, Sand dan juga low-range Rock. 


Nantikan kemunculan Mitsubishi Triton yang telah diperbaharui ini mendarat di Malaysia tidak lama lagi pada acara KLIMS 2018 bermula 23 November ini sehingga 2 Disember.

!





Bertempat di Bangkok pada hari ini, Mitsubishi telah melancarkan trak pikap Triton 2019 dengan rupa yang serba baharu menampakkan lagi kekacakan kuda kerja daripada Mitsubishi ini. 
Buat pertama kalinya sejak pengenalan pertama pada tahun 2015, Mitsubishi Triton kini menerima pelbagai ciri keselamatan terkini seperti brek kecemasan autonomi (AEB), amaran titik buta dengan ciri bantuan penukaran laluan, amaran lintasan trafik belakang,Ultrasonic Misacceleration Mitigation System dan juga Multi Around Monitor
Seperti  yang disebutkan sebelum ini, Mitsubishi Triton menerima elemen rekaan Dynamic Shield yang dipinjam secara terus daripada SUV Pajero Sport, menampilkan bumper hadapan yang lebih gagah, gril melintang yang lebih tebal serta terdapat bukaan pada gril rendah.

Pada kedua-dua bahagian sisi pula, terletaknya lampu membelok dan lampu kabus yang sengaja diletakkan tinggi daripada tanah, supaya tidak mudah terjejas akibat hentakan batu mahupun percikan air. 
Manakala pada bahagian belakang pula menampilkan lampu belakang pula telah menerima rekaan baharu diikuti dengan bumper juga yang lebih ringkas.

Bahagian dalaman kini telah diperbaharu dengan penambahan beberapa bahagian yang menggunakan bahan lembut (soft-touch) - sama seperti Pajero Sport - serta penggunaan warna dua tona menyerikan keadaan dalam kabin. 
Tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap nadi kuasa oleh kerana Triton ini masih mengekalkan penggunaan enjin 2.5 liter turbodiesel yang menghasilkan 107 hp/200 Nm dan 134 hp/324 Nm manakala spesifikasi tertinggi menerima khidmat daripada enjin 2.4 liter turbo-diesel 4N15 yang mampu menjana 178 hp dan 430 Nm daya kilas. 
Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada sistem 4WD Mitsubishi menerusi transmisi manual enam kelajuan dan pilihan automatik enam kelajuan.

Sistem 4WD tersebut didatangkan dengan ciri Easy Select (untuk model spesifikasi rendah) dan juga Super Select, manakala mod pemanduan pula boleh dipilih menerusi Gravel, Mud/Snow, Sand dan juga low-range Rock. 


Nantikan kemunculan Mitsubishi Triton yang telah diperbaharui ini mendarat di Malaysia tidak lama lagi pada acara KLIMS 2018 bermula 23 November ini sehingga 2 Disember.

Jersi Baru JDT Berteknologi Tinggi

Nike Menaja JDT  Jersi Berteknologi Tinggi Dengan Nilai RM1.3 Juta



Nike Malaysia yang merupakan syarikat gergasi sukan antarabangsa terus menaja juara Liga Super lima musim berturut-turut iaitu Johor Darul Ta'zim yang kini bernilai RM1.3 juta.

Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata, tajaan jersi dan kelengkapan barangan sukan Nike pada tahun ini agak istimewa terutama reka bentuk jersi lebih dinamik dan berkualiti.

Bagi jersi di tempat lawan, Nike mengeluarkan rekaan bewarna ungu dan ia dikatakan diilhamkan daripada kenderaan jenis Ferrari milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


"Kami bangga untuk terus menaja JDT dan seperti kita tahu pasukan ini bukan sahaja akan bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) malah akan membuat penampilan pertama pada aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

"Reka bentuk jersi berkenaan juga direka mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu. Malah jersi itu lebih ringan dan mengikut falsafah JDT iaitu bergerak ke hadapan maka kami juga seiring dengan pasukan itu," kata Ernest.

Jersi berteknologi tinggi bukan sahaja akan dipakai skuad Harimau Selatan malah ia membabitkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia dan pemain Akademi JDT dan harga jersi pemain adalah RM549 manakala replika jersi untuk penyokong adalah RM185.

Nasa: Asteroid Gergasi Dijangka Melintasi Bumi


Nasa: Asteroid Gergasi Dijangka  Melintasi Bumi

NASA – Satu batuan angkasa gergasi atau lebih popular dengan nama asteroid telah terbang melintasi Bumi pada pagi esok, dedah NASA.
Asteroid berkenaan yang diberi nama Asteroid 2019 AG3 melintasi Bumi pada 2.18 pagi GMT (UTC) dikesan oleh saintis di Jet Propulsion Laboratory (JPL).
NASA bagaimanapun memberitahu bahawa asteroid berkenaan tidak akan menghentam Bumi, namun melakukan pemerhatian disebabkan saiz asteroid berkenaan yang besar.
Menurut JPL, asteroid berkenaan dianggarkan mempunyai saiz lebar diantara 64 meter sehingga 140 meter. Saiz ini dikatakan menyamai panjang dua kali ganda kepak pesawat Boeing 747.
Mana-mana asteroid yang mempunyai lebar 140 meter ke atas dikategorikan sebagai Potential Hazardous Ateroids (PHAs) sekiranya batuan angkasa tersebut menghampiri Bumi.
NASA turut mendedahkan sebuah asteroid; 2016 AZ8; yang mempunyai kelebaran piramid Giza merentasi bumi pada jarak dekat iaitu pada jarak 2.8 juta batu pada minggu lepas.
Sumber: Express.co.uk