Rabu, 26 Februari 2020

Toturial Cara Daftar Bank Islam Online 2020



    Toturial Cara Daftar Bank Islam      Online 2020



       video lanjut cara daftar bank islam online

Ingin tahu cara pendaftaran perbankan internet Bank Islam secara online ?
Ini langkah-langkahnya:
Dengan mempunyai akaun Bank Islam secara online, ianya akan memudahkan urusan anda seperti, pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu beratur di ATM lagi.

Syarat-syarat untuk layak mendaftar:

    • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
  • Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
  • Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM BANK ISLAM
  • Mempunyai No Pin ATM untuk kad ATM/Kad Debit

BERIKUT MERUPAKAN LANGKAH BERGAMBAR PENDAFTARAN PERBANKAN INTERNET BANK ISLAM SECARA DALAM TALIAN:

Langkah 1
Pergi ke laman web Bank Islam iaitu : bankislam.biz
Langkah 2
Kemudian klik “FIRST TIME USER”.

Langkah 3
Sila baca “term and condition” kemudian tandakan ( / ) pada petak yang disediakan. Selepas itu klik butang “Continue”. Sila rujuk gambar berikut:

Langkah 4
Sila klik butang “Continue”.

Langkah 5
anda diminta untuk memasukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN KAD ATM/DEBIT anda.

  • ATM Card/ Debit Card No: Masukkan Nombor 16 Digit Kad ATM/Debit anda (Contoh: 4799689000008888
  • ATM PIN: Masukkan PIN Nombor anda (Biasanya Nombor 6 Digit untuk keluarkan duit di ATM)
Selesai sahaja memasukkan kedua-dua item diatas, sila klik butang “Continue”
Bagi anda yang keliru apakah nombor 16 digit ATM/Kad Debit, gambar berikut mungkin membantu:
Langkah 6
Sila isi maklumat berikut:
  • Customer Name: Nama Penuh Anda ( Contoh: Ali Bin Abu
  • IC/ID: No Kad Pengenalan anda ( 841210124778 )
  • User ID: Apa-apa ID yang sesuai senang di ingat ( Contoh: gagakhitam88 )
  • Password: Kata laluan perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Confirm password: Masukkan sekali lagi password tadi untuk pengesahan.
  • E-Mail: Masukkan email anda (pastikan email yang selalu anda gunakan)
  • Mobile Number: Masukkan no. telefon anda ( Contoh: 60     198834780) -masukkan “60” pada petak pertama dan nombor seterusnya pada petak berikutnya.
Private Word: Masukkan kata rahsia anda, apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem
Select One Private Image: Pilih Gambar untuk private image akaun bank islam anda.
Secret Question & Secret Answer : Anda perlu memilih 3 soalan serta menjawabnya dengan betul dan jujur. Bahagian ini sangat penting bagi anda untuk proses verifikasi sekiranya akaun bank online anda dicerobohi oleh orang lain. Dengan erti kata lain, akaun anda akan selamat.
Contoh Secret Question: What is your first car model ?
Contoh Secret Answer: Kia Spectra
Selesai sahaja mengisi semua maklumat, sila klik butang “Submit”.
Langkah 7
Kemudian maklumat yang anda masukkan dalam langkah 6 akan dipaparkan. Sahkan maklumat yang diterima ini dengan klik butang “Confirm”.
Langkah 8
Sila periksa telefon anda. Anda akan menerims SMS dari pihak bank islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit untuk IAC berjaya.

Kini anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun anda dan sebagainya.                         

 Penting ! : Jangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda masukkan tadi semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda

sila klik di bawah untuk video lanjut 👇👇






ketahui lebih lanjut di 👉 CARA DAFTAR BANK ISLAONLINE 2020

Isnin, 17 Februari 2020

Pendaftaran Skim MySalam Untuk M40 Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup (BSH) Kini Di Buka


Apa itu mySalam? Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam? Macam mana nak daftar mySalam? Jom kami kongsikan satu lagi skim yang diberikan oleh kerajaan yang korang patut tahu.


Untuk pengetahuan anda, mySalam adalah salah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dengan menyediakan perlindungan takaful kepada mana-mana individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam ini dengan melalui Tabung Amanah mySalam.

Hasrat Kerajaan Pakatan Harapan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial adalah tidak laian dan tidak bukan hanya untuk membantu golongan B40 yang memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah kewangan apabila individu terlibat menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Siapakah yang Layak?

Untuk pengetahuan anda, mereka yang didalam Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun boleh mendaftar Skim MySalam Perlindungan Kesihatan Masyarakat bermula Februari ini hingga 31 Mac depan.

Tambahan, Skim perlindungan masyarakat mySalam ini adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.


Kategori BSH

Pembayaran tunai sebanyak RM8,000 akan dibayar sekaligus apabila inidividu terlibat didiagnos menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan oleh kerajaan.

Selain itu, individu yang terlibat akan mendapat elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Kategori Bukan BSH

Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk mendapat bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.

Inisiatif ini menjadi kenyataa apabila termetrainya kerjasama antara syarikat insurans, iaitu Great Eastern Holdings dengan Kerajaan Malaysia yang telah memberikan caruman dana permulaan sebanyak RM2.0 Billion ke dalam akaun dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan salah satu contoh model yang terbaik untuk Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat sejagat.

Sebagai pendahuluan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Senarai Penyakit Yang Mendapat Perlindungan MySalam

Kerajaan telah mewujudkan perlindungan ini dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan tertentu yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal yang telah disenaraikan. Terdapat 36 jenis penyakit yang telah dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut kami kongsikan senarai 36 penyakit yang dimaksudkan.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Bagaimana Daftar Skim MySalam?

Individu yang layak untuk menerima skim mySalam yang dibincangkan diatas akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di info@mysalam.com.my atau hubungi secara langsung di talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat

Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja terus ke Portal MySalam melalui pautan di bawah:

PORTAL MYSALAM